Halaman

Sabtu, 6 Oktober 2012

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Assalammualaikum..

Agak lama menyepikan diri dek kerana urusan dunia. Sememangnya manusia selalu leka dengan urusan dunia sehingga kadangkala mengabaikan urusan untuk hari akhirat. Di mana silapnya, mungkin jua pada diri sendiri yang kurang memuhasabah diri. Tentang apa yang di lakukan sehari-hari. Adakah orang lain menyukai atau membenci. Tapi, apa ada pada pandangan manusia sedang yang lebih utama adalah pandangan Allah S.W.T jua terhadap diri kita.
Terkadang di kala sepi, hati sering menginsafi kekurangan diri, kealpaan diri, lalu memohon pada Ilahi, pencipta Yang Maha Agung agar diberikan kekuatan menempuhi hari mendatang. Namun, sesungguhnya hambaMu ini hanyalah manusia yang lemah yang tidak bisa lari daripada membuat kesilapan demi kesilapan.

Kepada semua yang pernah kukenali ku mohon ampun serta kemaafan yang tulus ikhlas, kerana hidup ini bukan kita yang merencanakan. Entah esok, entahkan lusa daku akan pergi jua untuk selamanya. Berbekalkan amalan yang mungkin hanya secebis..