Halaman

Sabtu, 6 Oktober 2012

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Assalammualaikum..

Agak lama menyepikan diri dek kerana urusan dunia. Sememangnya manusia selalu leka dengan urusan dunia sehingga kadangkala mengabaikan urusan untuk hari akhirat. Di mana silapnya, mungkin jua pada diri sendiri yang kurang memuhasabah diri. Tentang apa yang di lakukan sehari-hari. Adakah orang lain menyukai atau membenci. Tapi, apa ada pada pandangan manusia sedang yang lebih utama adalah pandangan Allah S.W.T jua terhadap diri kita.
Terkadang di kala sepi, hati sering menginsafi kekurangan diri, kealpaan diri, lalu memohon pada Ilahi, pencipta Yang Maha Agung agar diberikan kekuatan menempuhi hari mendatang. Namun, sesungguhnya hambaMu ini hanyalah manusia yang lemah yang tidak bisa lari daripada membuat kesilapan demi kesilapan.

Kepada semua yang pernah kukenali ku mohon ampun serta kemaafan yang tulus ikhlas, kerana hidup ini bukan kita yang merencanakan. Entah esok, entahkan lusa daku akan pergi jua untuk selamanya. Berbekalkan amalan yang mungkin hanya secebis..

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Assalammualaikum…

Alhamdulillah..Hari Raya Aidilfitri menjelang lagi…dan semoga kami masih dapat menemui Ramadhan yang akan datang..amin..

Hari raya adalah hari untuk bersukaria..hari untuk meraikan kemenangan ummat Islam yang telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, tapi ada yang mencemari kebahagian dan kenikmatan itu dengan bergaduh dan berkelahi. Contohnya pasangan suami isteri yang bergaduh pasal nak pulang beraya dikampung siapa..tolak ansur kan lagi bagus..hehehe.. Alhamdulilah kami tidak punyai masalah tentang itu..tiap tahun kami akan bergilir-gilir beraya di kampong masing-masing..dan yang tidak seronoknya lagi ada pula suami atau isteri sanggup memaki,menyumpah si isteri atau si suami gara-gara nak pulang berhari raya..nak pula pada malam nak menyambut ketibaan Syawal yang mulia..aduh..jangan la macam tu..Islam tidak mengajar untuk memaki hamun dan menyumpah orang lain..apa lagi suami isteri yang hidup bersama di bawah satu bumbung..macam-macam hal boleh terjadi jika iman di hati  itu rapuh..Nauzubillah…ampunkan dosa kami Ya Allah…ada pula dek kerana ego yang tinggi ada juga suami yang tidak memaafkan kesalahan si isteri..ni satu lagi…sedangkan Nabi Muhammad yang mulia mengampuni ummat takkan kita yang hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan tidak mampu untuk memaafkan orang lain..sama-samalah memaafkan..bukannya si suami tidak pernah melakukan kesalahan..tapi mengapa isteri boleh pula memaafkan suaminya..simpanlah egomu demi kebahagiaan rumahtangga..dengar lagu ana raffali ni..


Ok la..apa-apa pun selamat berhari raya kepada seluruh ummat Islam..{^_^}

Selasa, 7 Ogos 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum..

Lama dah x bukak blog..byk entri yg aku terlepas...

Hari ni dah 19 hari ummat Islam b'puasa dlm bulan yg mulia ni..dan tggl hanya smggu lebih sahaja lg untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri..yg sedihnye..tahun ni aku x dapat cuti raya..kene keje..berkhidmat untuk negara..same gak dgn suami tersayang..tahun ni pun beliau kene keje..xpe la ye sayang kg dekat jek kan..{^_^}
Bile dah semakin dekat nk raya ni banyak la lagu-lagu raya yg diputarkan dicorong-corong radio dan semakin sebak la dada aku ni dgr lagu-lagu tu..bukan ape just bile dgr 2 kenangan b'hari raya waktu kecil-kecil dulu dtg kembali..kalau dulu tugas kemas rumah..cuci tingkap yg byk almaklumla rumah kg..di serahkan pada aku dan kakak aku..tp skang..kesian pada mak dan ayah yg t'paksa mengemas semuanye..bukan x blk jengah mereka sebelum hari raya..tp bile dh blk kg byk pula aktiviti kami..buke puasa kt luar...ke rumah saudara mara..bile masanya nk kemas rumah..cuti pula x lama..
Itu cite sebelum hari raya..bile dh raye..zaman kami kecil-kecil sggh meriah..blk je sembahyang raye, lps minta maaf kt mak ayah, adik beradik..dh x nmpk btg hidung kitorng kt rumah..ape lagi..pegi serbu rumah jiran la..habis seluruh pelosok kg kitorg redah..xtau rumah siapa(masa tu x kenal sgt ngan org-org kg) sbb utama..nk kumpul duit raya la..
Tapi zaman sekarang ni kurang kanak-kanak yg nk dtg b'raya..kuih raye pun tuan rumah je yg habiskan..kalau dulu siap buat lagi sbb x cukup..ermm..diorng ni lg suke duduk rumah tgk tv(time raye cite kt tv kan best-best)dari keluar b'raya rumah jiran-jiran..yg paling menakutkan ade juga kes-kes culik kanak-kanak..mungkin salah satu sebab juga kenapa ibu bapa diorg ni x bagi keluar b'raya dengan kawan-kawan agaknye..
Apepun selamat b'puasa kepada seluruh ummat Islam..moga Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat kita lalui dengan sempurna...

Ahad, 13 Mei 2012

Bingkisan Buat Suami

Assalammualaikum..
Bingkisan buat suami: Nota 1 - Pertahankan niat ikhlasmu menikahiku dulu semata-mata kerana Allah SWT, tidak untuk yg lain. Obor keikhlasan itu menjadi sinar penerang semasa bahtera kita belayar dalam kegelapan malam. Perbaharui tekad dan azam, bersihkan niat dari sebarang pencemaran - sesungguhnya nilaianku disisimu hari ini banyak bergantung pd kayu ukur yg diguna semasa mahu menyuntingku dulu. Ketika itu - antara kecantikan, pangkat, harta & agama - yg mana satukah pilihan hatimu?
Bingkisan buat suami: Nota 2 - Istiqamahlah di atas jalan Allah. Contohi Rasulullah SAW dalam menerajui bahtera rumahtangga ini. Itulah jalan yg kami idam-idamkan, lorong cahaya yg akan membawa kita semua kpd redha Allah. Janganlah terleka, lalai dan cuai memegang amanah berat ini. Doa kami - isteri dan anak-anakmu - moga dikau diberi kekuatan utk terus memimpin kami semua ke Jannah. Amin.
Bingkisan buat suami: Nota 3 - Ayuhlah bersama kita pertingkatkan bekalan iman, taqwa & ilmu pengetahuan untuk menerajui bahtera yg sarat dengan amanah ini. Marilah bersedia menghadapi ribut taufan yg bakal melanda dengan ikatan ukhuwwah yg mantap & jitu. Jangan tinggalkan kami di belakang ataupun membiarkan kami mara di hadapan tanpamu bersama. Kepimpinan kolektif, dipandu dengan syura yg meluas, akan membawa ke destinasi abadi, InsyaAllah. -
Bingkisan buat suami: Nota 4 - Belajarlah menyayangi isterimu ini sedaya mampu. Letakkan diriku di satu sudut khas dalam ruang hatimu. Sesekali tunjukkan kasihmu kepadaku di hadapan anak-anak, agar mereka merasa aman, tenang dan terjamin selamat. Sekiranya cinta makin pudar dan hambar, mohon jangan dihina dan dicerca, apatah lagi dipersia dan dianiaya. Cukuplah aku dihormati sebagai seorang ibu kepada anak-anakmu
Bingkisan buat suami: Nota 5 - Ketahuilah betapa menggunung tinggi harapanku saban hari mahu memburu gelaran solehah, sebaik-baik kenikmatan dan perhiasan dunia ini buatmu! Namun, tanpa didikan, dorongan, sokongan dan bantuanmu, ianya hanya cita-cita kosong yg mustahil mahu digapai. Duhai suamiku yg budiman, permudahkanlah perjalananku menuju redha Allah. Mohon jgn dipersulit dan dihalang dgn seribu satu rintangan, cetusan dendam kesumat iblis & syaitan.
~Dr.Harlina Halizah Siraj~Dr.Harlina Halizah Siraj

Ya Allah..

Assalammualaikum..
Ya Allah..kenapa hati ini penuh dengan sifat sebegini..sungguh daku tidak rela dengan situasi sebegini..
tetapi janjiMu itu adalah pasti..apa yang penting..daku wajib mentaatiMu dan percaya apa yang berlaku kelmarin,hari ini dan hari2 mendatang ada hikmah disebaliknya..pasti yang terbaik buat diriku..sesungguhnya Dikau lebih dan maha mengetahui..
Ya Allah..tetapkan imanku pada agamaMu..dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi hidayahMu..sungguh daku insan yang lemah..sungguh daku memohon perlindunganMu Ya Allah daripada dukacita dan sukacita..
Ya Allah..kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku..dalam mengharungi kehidupan ini..daku rindukan SyurgaMu..maka pimpinlah hambaMu ini ke jalan SyurgaMu..bimbinglah hambaMu menjadi seorang isteri yang Solehah..yang sentiasa mendamaikan hati Suamiku..

Khamis, 3 Mei 2012

Alhamdulillah...syukur...

Assalammulaikum..
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga padaMu Ya Allah...
Tertunai sudah impian ayah kesayanganku untuk menunaikan haji pada tahun ni..tp sedih buat emak kesayanganku kerana belum diizinkan..tp insyaAllah mak..ank2mu akn usahakn jua untuk kebahagiaanmu..moga emak dapat pergi jua menunaikan haji bersama suamimu yang tersayang pada tahun ini...sebagai anak kami akan cuba membantu sehabis daya kami dan semampu yang boleh..tp selebihnya hanya Allah yang mengetahui..Allah itu maha mengetahui dan apa-apa yang dirancangkan olehNya adalah yang terbaik buat hamba-hambanya...kita hanya mampu berdoa,berusaha dan bertawakkal..semoga semua yang dirancang mendapat redha daripadaMu Ya Allah...amin..amin..Ya Rabbal alamin...


Rabu, 18 April 2012

Jiran oh Jiran..

Assalammualaikum...
Errmm...jiran..senario hari ini kita lihat ramai yang tidak menghargai jiran atau tidak ambil peduli pasal jiran-jirannya..masing-masing buat hal sendiri..pagi-pagi pegi keje jiran pun dh kluar pegi keje..petang blk keje masih x nmpk batang hidung jiran kerana mungkin masih belum blk keje atau awal-awal lg dh blk keje.."alah..peduli ape aku.."mungkin itu yang terlintas dalam hati...tp sebagai ummat islam kita mestila bergaul rapat dan mesra dengan jiran-jiran(rapat dan mesra yang ada batasan agama okey!)sebabnye..kita sendiri pun tau tp sengaja tak nak ambil tau sebenarnye..kalau kite sakit, dengan sape kita nk mintak tolong?
of coz saudara mara,kawan-kawan kan..tp klu diorang tu semua duduk berbatu-batu dari rumah kite, xkn kite tahan nak tunggu mereka sampai, jadi orang yang paling dekat dengan kita adalah jiran..betul kan?

Itu cume satu contoh yang biasa saje, tp bila ianya terjadi kepada kita, lihatlah sendiri betapa pentingnya jiran dalam hidup kita. Ada juga jiran yang suka menyombong, nampak kita terus masuk dalam rumah, atau buat-buat tak nampak..isk..isk..isk..sedih dengan senario yang begini..bagaimana kita nak hadapi jiran yang sebegini ye?ermm...kita pergi je serbu rumah dia tiap petang sampai dia pulak yang tegur kita dulu bila nampak kita.."eh semeon tak singgah dulu ke ngeteh(minum-minum)"cewah guna bahasa jawe la plak,almaklum dh kawin dengan orang jawe, duduk plak kt Batu Pahat yang majoritinya orang jawe..hahaha..

Kengkadang tu pula kita tau jiran kita kesempitan wang, duduk pulak di perantauan, sebatang kara, takde saudara-mara terdekat..bukan hendak di bantu malah dikutuk lagi jiran tersebut..ermm..kenapala semua ni boleh terjadi dalam masyarakat hari ni..start today jom la kita same-same jengah jiran-jiran kite, jgn sampai satu hari nanti, ade kereta ambulans dan polis dtg umah jiran kite, tp kite sendiri tak tau ape yang berlaku pada jiran-jiran kita...fikir-fikirkan..


Teringat satu ungkapan daripada sahabat:

Jiran yang baik tak kan letak password kat wifi nye..{^_^}

Selasa, 17 April 2012

KISAH DAN TAULADAN

Lepak..santai…jom baca…
Di suatu petang yang dingin, sewaktu hujan turun renyai-renyai, kelihatan sepasang suami isteri duduk bersantai di hadapan kaca television di ruang tamu rumah mereka sambil menonton rancangan kesukaan si isteri. Berkata si isteri pada suaminya…
Isteri : Ling..ling..malam ni ayang tak payah masak boleh tak?
Suami : Nape lak yang?
Isteri : Ayang penat la ling, tadi kat opis ada gotong royong, sampai sakit kaki ayang ni berdiri buat keje td, boleh la ye ling..
 Aduh! Malasnya nak keluar time hujan-hujan macam ni(berkata si suami di dalam hati)..
Isteri : Boleh tak ling?
Suami : Ayang nak makan ape? Kite makan nasi lemak nak tak?cepat sikit dapatnya..
Isteri : Tak nak..ayang nak makan mee bandung..boleh?
Suami : Aduh..ade ke mee bandung kat warung nasi lemak tu?mee rebus ade la kot..nak tak?tak pun meehun sup ke..
Isteri : Ermmm..boleh la asalkan mee…tapi kan ling.. kalau dapat makan sate best gak kan ling?
Aduhai minta sate la pula, cukup ke duit aku ni nak beli sate, kalau beli sate secucuk dah 50sen,takkan nak beli 20 cucuk je, mana kenyang..kalau beli banyak nanti tak cukup pula duit aku nak beli aksesori tuk hobi baru aku ni nanti..alamak macam mana ni…(berkata lagi si suami di dalam hatinya)..
Suami : Kalau ayang nak sate ayang blanje la..hehehe..amacam..?tapi kan yang..cam rase malas la pulak nak keluar time ujan-ujan camni yang..nanti deman pulak..hehehe..ape kate ayang masak je la ape yang patut, goreng ayam aje pun bole..
Dengan langkah longlai si isteri pun ke dapur, demi menuruti kata-kata suaminya dan di hatinye timbul perasaan belas pada si suami yang mungkin akan demam dek hujan yang turun kalau suaminya keluar untuk membeli makanan. Tapi si isteri tidak tahu apa yang difikirkan oleh suaminya.
Tiba-tiba si suami terdengar bunyi yang kuat dari arah dapur diselangi dengan teriakan isterinya mengucapkan “Allahuakbar!!!”..
Suami : Ayang!!! Kenapa yang??
Teriak si suami dari ruang tamu. Tiada sebarang sahutan daripada si isteri. Si suami segera ke dapur. Kelihatan di atas lantai kuali yang tertangkup dengan minyak yang masih panas dan ayam yang masih belum masak sepenuhnya. Mata si suami kemudiannya tertancap pada sekujur tubuh yang berlumuran darah di atas kepalanya. Si suami terkedu untuk seketika, tidak tahu apa yang harus di lakukan. Tersedar kemudian si suami terus mengangkat tubuh insan yang amat di cintainya itu ke ribanya. Rupa-rupanya si isteri tadinya tergelincir melihatkan kesan air yang terdapat di atas lantai lalu tangannya seperti ingin mencapai sesuatu untuk berpaut tetapi apa yang dapat di capai adalah kuali yang berisi minyak panas beserta ayam yang sedang di goreng di dalamnya.
Si suami segera menggendong isterinya untuk di kejarkan ke hospital dan mujurlah si isteri masih dapat di selamatkan kerana cepat di hantar ke hospital. Tetapi si isteri mengalami koma. Saban hari si suami menjadi pengunjung setia di hospital tersebut untuk melihat isteri yang di kasihi. Di dalam hati timbul penyesalan yang mendalam, kalaulah dia keluar membeli makanan pada malam itu sudah tentu isterinya tidak berada dalam situasi sebegini, tapi syukur pada Allah kerana masih di beri peluang kedua kepadanya untuk menjaga isterinya.  
Moral of the story:
Sayangilah keluarga anda, makin hari makin sayang.. {^_^}

Rabu, 4 April 2012

Suami Oh Suami, Isteri Oh Isteri

Ketahui wahai Suami Hak dan Tanggungjawabmu;

>Melaksanakan hak Allah
>Nafkah
  *Makanan halal dan baik
  *Pakaian bersih dan menutup aurat
  *Tempat tinggal yang selesa
  *Perubatan
>Mendidik dan membimbing isteri melakukan perkara makruf dan meninggalkan perkara mungkar.
>Adil
>Melayani isteri dengan makruf (baik)
>Memberi perlindungan keselamatan

Ketahui wahai Isteri Hak dan Tanggungjawabmu;

>Melaksanakan hak Allah
>Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentang dengan syara'
>Melayani suami dengan makruf (baik)
>Menghias diri untuk suami
>Memelihara maruah, kehormatan diri dan harta suami


Hak dan Tanggungjawab Bersama

>Kasih sayang
>Bekerjasama
>Amanah
>Istimta' dan hubungan kelamin
>Menghormati pasangan dan persemendaan
>Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
>Perbincangan / mesyuarat
>Mendidik anak-anak
>Mengurus rumahtangga
>Hak pesaka mempersakai
>Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
>Menjaga maruah suami isteri


* Failing to Plan is Planning to Fail
 






Maksud Bacaan Doa Iftitah

Doa Iftitah

>Allah Maha Besar dan Segala Puji Bagi Allah dengan Banyaknya.
>Maha Suci Allah Sepanjang Pagi dan Petang,
>Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang Mencipta Langit dan Bumi,
>Dengan Suasana Lurus dan Berserah Diri dan Aku Bukan dari golongan Orang Musyrik.
>Sesungguhnya Solatku,
>Ibadatku,
>Hidupku,
>Matiku,
>adalah untuk Allah Tuhan sekelian Alam.
>Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
>menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

~InsyaAllah~

Selasa, 27 Mac 2012

Sekadar Renungan dan Muhasabah Diri kita bersama.. 


 Apabila diuji dengan kekayaan, jika hati sihat akan menjadi pemurah. Jika hati sakit akan menjadi sombong.

Apabila diuji dengan kemiskinan, jika hati sihat akan menjadi redha. Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah.


Apabila diuji dengan kesihatan, jika hati sihat akan menjadi syukur. Jika hati sakit akan menjadi lupa. 


Apabila diuji dengan kesakitan, jika hati sihat akan menjadi sabar. Jika hati sakit akan menjadi gelisah. 

Apabila diuji dengan ketuaan, jika hati sihat akan menjadi tenang. Jika hati sakit akan menjadi merana. 

Apabila diuji dengan kemudaan, jika hati sihat akan menjadi seorang yang sentiasa beringat-ingat. Jika hati sakit akan menjadi seorang yang lalai. "


~ Petikan--->Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Jumaat, 9 Mac 2012

TIP JIMAT TENAGA

Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senang
mengurangkan penggunaan tenaga.
1.     
1.     Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di
rumah dan pejabat.
2.     kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun
dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
3.     Tutup lampu pada waktu siang.
4.     Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada
pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
5.     Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran
udara semulajadi juga boleh digunakan.
6.     Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang
sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
7.     Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit
yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
8.     Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca
panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
9.     Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan
tenaga.
10.     Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga
yang kurang.
11.     Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
12.     Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas
digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
13.     Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat
peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
14.     Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan
kompresor berfungsi dengan baik.
15.     30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang
sama untuk oven.
16.     Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk
memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
17.     Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan
terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
18.     Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu.
Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
19.     Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih
panas. Ini mengelakkan masa yang panjang untuk pemanasan semula.
20.     Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau
kuali mengikut saiz pembakar.
21.     Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
22.     Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan
untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
23.     Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya
matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
24.     Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa
dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga
juga.
25.     Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
26.     Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran
tenaga.
27.     Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan
pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
28.     Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan
ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah
ditutup.
29.     Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti
rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah
kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
30.     Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup
semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
31.     Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana,
duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos melabur dalam
beberapa tahun.
32.     Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang
setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan
tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
33.     Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan
menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
34.     Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada
peralatan baru yang cekap tenaga.
35.     Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan
persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini
menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
36.     Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan
kos pemasangan.
37.     Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan berpengalaman. Penjual yang baik
boleh membantu anda untuk mengira penjimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa
yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
38.     Pastikan anda sedar akan hak anda untuk mendapatkan pengetahuan tentang produk.
Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
Sumber:  Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).