Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

Sekadar Renungan dan Muhasabah Diri kita bersama.. 


 Apabila diuji dengan kekayaan, jika hati sihat akan menjadi pemurah. Jika hati sakit akan menjadi sombong.

Apabila diuji dengan kemiskinan, jika hati sihat akan menjadi redha. Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah.


Apabila diuji dengan kesihatan, jika hati sihat akan menjadi syukur. Jika hati sakit akan menjadi lupa. 


Apabila diuji dengan kesakitan, jika hati sihat akan menjadi sabar. Jika hati sakit akan menjadi gelisah. 

Apabila diuji dengan ketuaan, jika hati sihat akan menjadi tenang. Jika hati sakit akan menjadi merana. 

Apabila diuji dengan kemudaan, jika hati sihat akan menjadi seorang yang sentiasa beringat-ingat. Jika hati sakit akan menjadi seorang yang lalai. "


~ Petikan--->Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Jumaat, 9 Mac 2012

TIP JIMAT TENAGA

Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senang
mengurangkan penggunaan tenaga.
1.     
1.     Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di
rumah dan pejabat.
2.     kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun
dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
3.     Tutup lampu pada waktu siang.
4.     Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada
pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
5.     Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran
udara semulajadi juga boleh digunakan.
6.     Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang
sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
7.     Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit
yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
8.     Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca
panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
9.     Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan
tenaga.
10.     Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga
yang kurang.
11.     Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
12.     Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas
digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
13.     Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat
peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
14.     Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan
kompresor berfungsi dengan baik.
15.     30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang
sama untuk oven.
16.     Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk
memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
17.     Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan
terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
18.     Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu.
Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
19.     Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih
panas. Ini mengelakkan masa yang panjang untuk pemanasan semula.
20.     Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau
kuali mengikut saiz pembakar.
21.     Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
22.     Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan
untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
23.     Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya
matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
24.     Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa
dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga
juga.
25.     Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
26.     Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran
tenaga.
27.     Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan
pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
28.     Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan
ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah
ditutup.
29.     Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti
rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah
kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
30.     Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup
semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
31.     Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana,
duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos melabur dalam
beberapa tahun.
32.     Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang
setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan
tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
33.     Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan
menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
34.     Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada
peralatan baru yang cekap tenaga.
35.     Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan
persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini
menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
36.     Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan
kos pemasangan.
37.     Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan berpengalaman. Penjual yang baik
boleh membantu anda untuk mengira penjimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa
yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
38.     Pastikan anda sedar akan hak anda untuk mendapatkan pengetahuan tentang produk.
Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
Sumber:  Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).