Assalammualaikum…
Alhamdulillah..Hari Raya Aidilfitri menjelang lagi…dan
semoga kami masih dapat menemui Ramadhan yang akan datang..amin..
Hari raya adalah hari untuk bersukaria..hari untuk meraikan
kemenangan ummat Islam yang telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan,
tapi ada yang mencemari kebahagian dan kenikmatan itu dengan bergaduh dan berkelahi.
Contohnya pasangan suami isteri yang bergaduh pasal nak pulang beraya dikampung
siapa..tolak ansur kan lagi bagus..hehehe.. Alhamdulilah kami tidak punyai
masalah tentang itu..tiap tahun kami akan bergilir-gilir beraya di kampong masing-masing..dan
yang tidak seronoknya lagi ada pula suami atau isteri sanggup memaki,menyumpah si isteri atau si
suami gara-gara nak pulang berhari raya..nak pula pada malam nak menyambut
ketibaan Syawal yang mulia..aduh..jangan la macam tu..Islam tidak mengajar
untuk memaki hamun dan menyumpah orang lain..apa lagi suami isteri yang hidup
bersama di bawah satu bumbung..macam-macam hal boleh terjadi jika iman di hati itu rapuh..Nauzubillah…ampunkan dosa kami Ya
Allah…ada pula dek kerana ego yang tinggi ada juga suami yang tidak memaafkan
kesalahan si isteri..ni satu lagi…sedangkan Nabi Muhammad yang mulia mengampuni
ummat takkan kita yang hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat
kesilapan tidak mampu untuk memaafkan orang lain..sama-samalah
memaafkan..bukannya si suami tidak pernah melakukan kesalahan..tapi mengapa
isteri boleh pula memaafkan suaminya..simpanlah egomu demi kebahagiaan
rumahtangga..dengar lagu ana raffali ni..
Ok la..apa-apa pun selamat berhari raya kepada seluruh ummat
Islam..{^_^}